status terkini maiza


salam semua...
blog ini berkisah tentang kehidupan harian dan perjalanan hidup maiza,terima kasih kerana singgah disini dan membaca dengan penuh sabar ,maklum la bahasa suka hati aje hehe.
sila tinggalkan komen supaya maiza bole membalas kunjungan anda :)

geng maiza..

Showing posts with label info menarik untuk dikongsi bersama. Show all posts
Showing posts with label info menarik untuk dikongsi bersama. Show all posts

Friday, 25 March 2011

kenapa malas lipat kain.?

 assalamualaikum..
malas nya nak lipat kain..
dah berhari-hari berlonggok kat dalam bakul tu,
ni dah tambah sebakul lagi..
kerja lain suka hati je nak buat tp
kenapa la malas betul nak lipat kain..
tolong la nasihatkan maiza yg 
PEMALAS 
nak lipat kain ni..
T_T
.
.
gambar ihsan google

.
.
tgh dok malas2 ni terjumpa la video ni kat youtube..
mesti try ni hehe..
jom tgk ni
 hehe..
maiza nak buat dengan segera..
tata
nanti maiza amik gambo ye..yg dah siap punya..
~maiza~


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Sunday, 27 February 2011

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang  Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara  untuk menurunkannya.
  •  Jika anda mengalami berat badan yang  berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkanberat badan anda.
Caranya:  Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu  perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam  peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas  anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman  ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur  turun.
  •   Ambil 3 sudu besar serbuk  teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau  nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan  sebelum tidur.
  •   Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam  jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan  mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
 Caranya: Ambil sebuku asam  jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda  jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap  hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan  langsing.
  •   Nak Turunkan Berat  Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh  Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu 
  •   Badan Langsing Selepas  Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi  gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :
Ambil 5 halia bara ( Halia  Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga  lumat.
Perahkan air Limau Nipis.
Dan makanlah bersama nasi panas waktu  pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang. 
  •    Mengurangkan  buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah  perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan  sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur  dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur  biarkan kering sehingga pagi.

  •   Mengempiskan Perut  
Petua yang mudah dan kos yang  murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa  gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan  insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang  yang tiada mengidap sebarang penyakit.

  •  Kempiskan Perut Anda  
Nak kempiskan perut senang aje,  ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat  perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih  menarik.

PETUA  KECANTIKAN WAJAH
  •   Menghilangkan Parut  Jerawat
Mula-mula ambilkan sedikit madu  dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan  jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap  wanita.
  •   Menghilangkan Tahi  Lalat
Caranya ialah  ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar, sapukan di tempat tumbuhnya  tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri.  Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera.
  •  Bibir Merah  Semulajadi
Sapukan sedikit mentega atau majerin  pada bibir anda sebelum tidur.. amalkan setiap hari. 
  • Melebatkan Bulu Kening  
Setiap wanita inginkan bulu kening  yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan  cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan  dikening pada setiap malam.
  •     Licin  Berseri
Ambil Yogurt Asli kemudian sapu  pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit  hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang  setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin,  berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering. 
  •  Naikkan Seri Wajah/Muka  
Setiap kali sebelum anda ingin  mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air  kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu  dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh  muka anda. InsyaAllah wajah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur  hilang. Amalkanlah selalu.....
  •   Mengelak Daripada Lebam di Bawah  Mata
Semasa kita menyapu krim atau  foundation di muka... pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna  jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.
  •   Menghilangkan Lebam Bawah  Mata
Sebelum mandi pagi, lapkan mata  anda dengan air sejuk dari peti sejuk.. cuba lah..ianya juga baik untuk  menyegarkan mata.
  •   Melicinkan Wajah
Ambil buah  tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi  licin dan halus.
  •   Memerahkan Bibir Yang Hitam  
Bibir yang hitam boleh kembali  bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya  yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu  dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.
  •     Menghilangkan Lebam di  Bibir
Untuk menghilangkan atau  mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk  lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda  setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk  melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan sapukan pada bibir anda setiap  malam.
  •   Membentuk, Menghitamkan serta Melebatkan  Bulu Kening  Caranya mudah saja...ambil sebiji  buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi  yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan  bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada  kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan  berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa  saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.  
  •   Naikkan Seri Wajah dan Otak  Bijak  
    1.Seri Wajah: Ambil  sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah   lakukan pada tiap-tiap pagi insya'Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.
    2 Otak menjadi bijak: masukkan secubit garam dalam 1 gelas air dan minum  pada setiap pagi insyaallah mujarab.
  •    Mencantikkan Kulit  Muka Untuk jadikan kulit muka yang  cantik, mestilah rajin mencuci.
1.   Sapu muka dengan telur  -merah/putih biar hingga kering
2.   Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak  ditumbuhi jerawat dan menegangkan kulit muka yang  kendur.
  •   Menyerikan Wajah  Ambil,embun pagi dihujung  rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak  tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga  kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.  
  •   Menghilangkan Hitam di Muka dan  Jerawat  Ambil kayu manis dan dicelup di  dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis  yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah  jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang...tapi kena rajin  mengamalkannya.
  •  Petua Awet Muda  Bangun  pagi dari tidur...minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @  gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap  pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah.


  •    Muka Berseri    Bangun pagi, sebelum air menyentuh  mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula  dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali.  Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan  dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan  tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.

  •   Sentiasa Muda    Ramai wanita yang ingin Nampak muda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila  bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam beserta dengan  selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda.

  •   Nampak Muda  Untuk  kelihatan sentiasa muda walaupun umur anda telah meningkat dewasa amalkanlah  selalu makan ulam kampung. Ia banyak memberi khasiat pada tubuh badan kita.  Dan anda juga digalakkan supaya selalu tersenyum walaupun anda sedang  menghadapi banyak masalah. Senyum adalah satu sedekah.
  •    Sentiasa Awet Muda   Pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah akan  kelihatan muda daripada umur sebenar anda.

  •   Kulit Sentiasa Tegang    Basuh muka dengan air. Ambil sebiji putih telor dan sapukan pada muka. Kemudian ambil kapas muka dan  letakan pada muka tadi seperti memakai mask selepas itu sapu kembali putih  telur tadi di atas kapas muka sehingga basah, biar sehingga sehingga kering kapas yang melekap di muka akan menjadi seperti topeng muka apabila di buka  nanti. Hasilnya kita akan dapat lihat pada topeng itu terdapat headwhite dan  kotoran yang terdapat pada muka, amalkan sekali setiap minggu. Pasti wajah  anda tidak terdapat jerawat dan kulit akan putih dan lembut.  

  •  Muda Jelita Sentiasa    Setiap wanita amat mementingkan  kecantikan dan kesihatan diri. Amalan memakan Ulam-Ulam yang segar dan  Buah-buahan tempatan dapat membantu kita mengekalkan Kesihatan dan akan  kelihatan lebih Muda dari Usia Sebenar. Ulam - ulaman yang saya maksudkan  ialah Ulam Pegaga. Amalkan memakan Ulam Pegaga selama beberapa Minggu dan anda akan lihat hasilnya. Ianya juga memberi kesan yang Baik kepada kesihatan  dalaman anda.
  •    Wajah Jelita    Semasa berdandan diwaktu pagi baca selawat nabi dikedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati  supaya di indahkah wajah seperti nabi Yusuf, jangan takbur bila petua ini  berkesan dan sampaikan kepada orang lain
  •    Lentikkan dan Lebatkan Bulu Mata dan  Kening
Ingin kelihatan cantik , Gunakan  Lendir pokok Lidah Buaya dan sapukan pada bulu mata dan kening anda.  Insyallah... ...lakukan berulang-kali untuk mendapat hasil  terbaik.
  •   Memutihkan Kulit Muka  
Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis bersama  bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam insyaallah kulit muka akan jadi  putih dan jerawat pun hilang.  

petua org kampung ..cara nak jaga badan bg kurus ..jom layan...

CARA  UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN

1.   JANGAN BERLAPAR  
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang  dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar  'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar  metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun  tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi  metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar  kalori pada tahap yang sama lagi.
2.   AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah  kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa  pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim  dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh  menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
3.   MINUM 8 GELAS AIR  SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan  membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan  makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan  dengan banyak.
4.    ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya  mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan  tubuh.

5.   KURANGKAN  PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan  penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda  menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan  air.
6.   AMBIL SARAPAN  PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan  sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan  pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang  mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan  paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar  kalori.

7.   MAKANLAH  DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan  dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh  akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8.   KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH  KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum  menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
9.    Biar makan kerap dengan  kuantiti yang sedikit  daripada makan hanya sekali, dua tetapi  dengan kuantiti yang banyak.
10. Jika anda terasa ingin makan  snek  atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah.  Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
hehe..kucing pun nak gosok gigi gak..

11.  Kurangkan pengambilan   marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.
12. Apabila makan di  restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana  minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang  gula.



13. Buah-buahan dan  sayur-sayuran  adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral  dan serat dan kandungan lemak yang rendah.
14. Jangan timbang berat badan anda setiap  hari  kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika  anda minum banyak, dan waktu itu  anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus  asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah  rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan  lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan  pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih  Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam MakananBijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari  makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan  yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan  boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa  lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat  atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga  boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet  anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat  catatan.

18. Tumpukan perhatian  untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih  berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka  menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar.  Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih  makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
19. Cara memasak paling baik  untuk  mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau  mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak  haiwan.
20. Ketika memilih piring  makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil  sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir,  lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil.  Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa  lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!
21. Selain memberi peluang makanan untuk  turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu  menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda  berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga.  Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru  saja terisi.
22. Khusus bagi kaum  wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan  memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah  perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda  kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.
23.  Untuk mengempiskan perut ,  gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat  dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin  boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang  memiliki perut lebih kecil dan cantik.
24. Kurangkan pengambilan gula  kerana  setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilo kalori.
25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk  langsing
i.Jalan cepat. Gunalah kasut yang  cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii.Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik  tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki  lif
iii.Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju  dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik  bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku.Melenturkan otot dapat  melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh  perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan  merampingkan peha.

Thursday, 24 February 2011

fakta menakbjubkan tentang bayi yang perlu anda tahu..


 

•Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan


•Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.


•Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.


•Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.


•Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.


•Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.


•Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.


•Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan


•Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.


•Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.


•Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.


•Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.


•Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.


•Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.


•Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.


•Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.


Dipetik dari internet untuk perkongsian bersama.


~maiza~

Wednesday, 23 February 2011

cerita telur .....jom layan..

  hari ni maiza nak bercerita tentang telur..nak kongsi sikit ye..apa2 pun jom layan...







Pernahkah kita terfikir,
dari mana asalnya telur (ayam / itik) tersebut (dari mana keluarnya)?
Pernahkah kita terfikir untuk membasuh telur tersebut sebelum digunakan samada menggoreng, merebus atau sebagainya?
Contoh :

Cuba anda warnakan ia dan anggaplah ianya baru diperolehi dari kedai, kemudian anda ambil untuk dijadikan telur dadar.
Secara kebiasaannya anda akan pecahkan ia di dalam mangkuk / pinggan, kemudian anda masukkan bawang, garam dan sebagainya.

Cuba anda perhatikan jari jemari anda, adakah jari jemari anda terdapat warna seperti warna yang anda warnakan pada telur berkenaan? Sekiranya ada? Apa perasaan anda?

Cuba kita tukarkan warna tersebut kepada najis haiwan tersebut (ayam / itik). Adakah / Bukankah makanan anda bercampur najis? Adakah ianya haram dimakan? Adakah ianya tergolong dalam najis yang dimaafkan? ANDA SANGGUP MAKAN NAJIS?

Bukankah memakan makanan haram tempatnya di NERAKA? Penyelesaiannya mudah. Setiap kali anda ingin memasak berasaskan telur, pastikanlah ianya dibasuh terlebih dahulu.

Pastikan najis dan selaput licin yang menyelaputi kulit telur disingkirkan sepenuhnya. Selaput licin ini dapat dirasai apabila kulit telur mula terkena air. Ingatlah makanan yang anda makan akan membentuk peribadi anda... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ...

Fikirkan... ... ... ... .

Seeloknya selepas membeli telur basuhkan kesemuanya dahulu kemudian baru disimpan




petikan dari sumber blog lain saya nak share je harap maklum..benda ni bukan mainan ye..harap2 lepas ni sapa2 nak makan telur tu pastikan dah basuh bersih ye,,pakai sabun pun xpe hehe..jangan masuk mesin basuh sudah haha..

~maiza~ 

Friday, 18 February 2011

tips mencuci dan menjaga tudung..

salam semua hari ni maiza byk lak idea yg nak dikongsikan bersama,,harap suka la ye..bukan menunjuk cuma bak kata omputih tu sharing is caring hehe
 maiza ni xde la pandai sangat ye cuma nak kongsi sikit yg maizabaca kat majalah tu so kalu ada sesiapa nak ikut bole la cuba ye..maklumla kita ni kan wanita bertudung..tudung tu umpama harta yg x ternilai selain emas intan dan berlian..aduh mengarut la pulak jangan marah aa..
ok serius time..tips ni maiza dapat kat majalah dara tahun 2006..jom baca k
 
Tudung dari bahan polyster

1.Rendam berasingan dengan air bersih yang telah dicampurkan dengan detergen secukupnya selama 15 minit.Cuci dengan tangan kemudian bilas dan perah.
2.Jangan berlebih menggunakan pelembut kain agar tidak cepat berbulu.
3.Keringkan di bawah matahari agar bau tidak melekat jika berkeadaan lembap.
4.Segera dicuci atau rendam jika terkena kotoran.
5.Setelah kering,seterika cara terbaik agar hiasan tidak rosak .kemudian gantung atau lipat.

Tudung dari bahan sutera.

1.Rendam berasingan dengan air bersih bercampur syampu air.
2.Tidak perlu cucian tangan,cukup dengan merendamnya selama 20 minit.
3.Celup ke dalam air bersih dan bilas tanpa memerahnya.
4.Segera dicuci apabila terkena kotoran.
5.Keringkan dengan mengangin tangan tanpa melipatnya (sepit dihujung),seterika dan gantung.

Tudung dari bahan kapas.

1.Rendam dengan air bersih dicampurkan dengan detergen selama 15 minit.
2.Kocak-kocakkan didalam air,bilas bersih dan diperah perlahan.
3.Keringkan dibawah matahari (jangan terlalu kering) kemudian seterika dan gantung.

Tudung dari bahan tenunan.

1.Rendam dengan air bersih bercampur detergen selama 15 minit.
2.Kocak-kocakkan kemudian bilas dengan air bersih dan perah.
3.Jika terkena kotoran segera cuci kerana kotoran mudah meresap pada kain tenunan.
4.Keringkan di bawah matahari kemudian diseterika (jgn terlalu panas) dan digantung.

Tudung dari bahan pashmina

1.Rendam dengan air bersih bercampur sedikit detergen selama 15 minit.
2.Dikocak perlahan,bilas dengan air bersih dan diperah.
3.Keringkan ditempat teduh,seterika cara terbalik dan digantung.



PETUA TUDUNG
 untuk tudung yang terkena lemak biasanya peluh  cara nak hilangakn ialah tabur bedak pada tudung dan biar 10 minit barulah direndam ngan air..
k la dah penat tangan ni manaip hehe..kalu ada masa dan kalu penyakit M tu x datang menerjah maiza bole la sambung lagi dengan apa2 jelah hehe..jom layan...
bye.. :)