status terkini maiza


salam semua...
blog ini berkisah tentang kehidupan harian dan perjalanan hidup maiza,terima kasih kerana singgah disini dan membaca dengan penuh sabar ,maklum la bahasa suka hati aje hehe.
sila tinggalkan komen supaya maiza bole membalas kunjungan anda :)

geng maiza..

Friday, 25 February 2011

resepi kuih denderam @kuih telinga keling...jom layan

maiza suka sangat makan kuih ni ,,sekarang ni dah jadi trend jual kat pasar malam tau 1 biji 10sen sekarang ni rasanya dah naik sikit kot rm2 16 biji je..

apa kata kita buat sendiri je hehe..

Bahan-bahan:
700 gram gula merah
200 gram gula putih
1 kg tepung beras
2 cawan air
1 cawan tepung gandum

Cara Membuatnya:
1. Gula merah dan gula putih dimasak bersama 2 cawan air. Kacau hingga larut.
2. Ayak tepung gandum dan tepung beras.
3. Kemudian, masukkan gula yang dimasak tadi ke dalam tepung.
4. Uli hingga sebati. Setelah itu, simpan doh selama semalaman untuk menyejukkannya.
5. Kemudian, bolehlah dibentuk untuk membuat kuih.
6. Goreng hingga masak.

11 comments:

Bonda Humaira & Uzair said...

mana dapat resipi ni ek? mmg tgh berkobar2 nak wat kuih ni.. mmg kena perap semalaman eh?

Unknown said...

x ingat plak dapat kat mana,,dah lama dah resepi ni,
kena perap semalaman tun untuk bg sejuk adunan tu ,,kan kita masak dlu air dan gula merah tu kan,,huhu,..yg lain2 sebab maiza x pasti lak ;)

azan said...

Saya di JB pun buat bisnes kuih ni di pasar malam n pasar tani... Harga Bahan Mentah dah nik so harga kuih juga terpaksa naik... Walaubagaimana pun, kuih ni tetap murah dengan kuantiti kuih yg diberikan.... Ora ramai tetap membelinya...

Unknown said...

azan ;- ye la barang2 dah makin naik harga,,tp kalau kuih ni sedap n kualiti bagus,klu mahal pun org tetap beli, termasuk la saya hehe

Anonymous said...

Sejukkn dlm peti ais ke

zabaiyah said...

Memang jadi ke.knpelah kyah buat xjadi2 ni.nk goreng tu kene uli pula ke.agak tepung tu lembutnya camne

Anonymous said...

Salam nk tny kat jb mana ada jual kuih ni ye terutama area kulai

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

maera dh try buat tapi tak jadi pun.sedihnya! kuih jadi keras, nk gigit pun xleh. T_T

Unknown said...

npe kite buat keras. . mcm tak naik je. . tak guna bakingpower or bahan penaik ke sis?

Anonymous said...

Awak cri kt pasar mlm kluang mmg sdp t'baik de brand lg Mr hot denderam

mas said...

Azan..bley share resepi..my mom nk sgt buat sndri tp dah 2x xjadi..mohon share resepi..