status terkini maiza


salam semua...
blog ini berkisah tentang kehidupan harian dan perjalanan hidup maiza,terima kasih kerana singgah disini dan membaca dengan penuh sabar ,maklum la bahasa suka hati aje hehe.
sila tinggalkan komen supaya maiza bole membalas kunjungan anda :)

geng maiza..

Tuesday, 15 March 2011

resepi shushi..sedapnya..nyum..nyum..

 
suka x makan shushi??..maiza suka sangat..
klu nak beli selalu kan mahal ye x,,so jom kita buat sendiri 
resepi ni amik kat blog 

niNa SyakiNa

 
Bahan-bahan:
1/2 kg beras jepun
cuka (untuk sushi)
3 biji telur
1 batang timun
lettuce
udang
5 helai seaweed
mayonnaise

(boleh digantikan dengan bahan lain seperti tuna, ikan salmon)



Langkah 1:
masak beras jepun seperti masak nasi biasa. Bila dah masak, masukkan nasi ke dalam bekas besar dan tuangkan cuka sushi ke atas nasi. kacau nasi dengan cuka rata-rata. biarkan nasi sejuk.

Langkah 2:
udang direbus dan dibuang kulit nya. Kemudian, telur dipukul sekejap dengan sudu dan goreng dengan sedikit minyak. bila dah masak, potong telur panjang2.

Langkah 3:
timun dipotong, buang sedikit kedua-dua belah hujung timun. potong memanjang. kemudian, lettuce dibersih dan potong besar-besar (sehelai lettuce potong dua.)


Langkah 4:
ambil sehelai seaweed, letakkan di atas bamboo mat. senduk nasi dan ratakan nasi ke semua bahagian seaweed tersebut. kemudian letakkan sehelai lettuce diatas nasi. diikuti telur, timun, dan udang. akhir sekali masukkan mayonis.

kalau pakai tikar nih, alas dengan plastik tau... plastik yang bersih ok!

Langkah 5:
gulung makizushi tersebut padat-padat. kemudian potong kecil-kecil dan sedia dihidang.




catatan:
siapa yang tiada cuka jepun boleh modify cuka biasa.
sukatannya ialah, 1 1/2 sudu besar cuka + 1 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam.
didihkan sekejap hingga gula hancur, sejukkan dan gaul dengan nasi sushi...
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

1 comment:

Anonymous said...

Thiѕ is a topic whіch is close to my hеart.
.. Тhank yоu! Exactly where агe your contact detailѕ though?


Fеel free to visit my blοg post New Bingo Sites