status terkini maiza


salam semua...
blog ini berkisah tentang kehidupan harian dan perjalanan hidup maiza,terima kasih kerana singgah disini dan membaca dengan penuh sabar ,maklum la bahasa suka hati aje hehe.
sila tinggalkan komen supaya maiza bole membalas kunjungan anda :)

geng maiza..

Thursday, 7 April 2011

resepi macarooon

   
assalamualaikum..
sekarang ni macaroon atau nama yg selalu maiza panggil anak aroon ni
tengah hangat di pasaran
so maiza nak kongsi la resepi yg 
tgh hangit kat pasaran ni huhu..
meh ler buat beramai-ramai
dan beronok-ronok seronok memakannya..
tp awas kandungan gula yg tinggi mungkin x sesuai dihidangkan untuk
org yg ada kencing manis
kencing masin xpe 
mahal gila klu kat luar ni.. 
rm4.50 sejibik hehe
 resepi filling makaroon ni bole dipelbagaikan 
warna pun bole buat macam2 
meh tgk resepinya ye..

Bahan-bahan (30 keping bergantung pada saiz): 
macaroon
110gm gula aising
65gm serbuk badam (ground almond)
13gm serbuk koko
60gm putih telur - dalam 2 biji
20gm gula kastor
secubit cream of tartar
 

filling 
(boleh dipelbagaikan ikut kegemaran masing2):
120gm cream cheese
1 camb jus lemon
2 camb gula aising
1 camb whipping cream
parutan kulit lemon dari 1 biji lemon

c
ara:
  • ayakkan gula aising, serbuk badam dan serbuk koko
ketepikan
  • pukul putih telur dengan cream of tartar sehingga berbuih
 
  • masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga gebu dan kembang (apabila diangkat dengan spatula adunan tidak mudah jatuh)
 
  • kaup balikkan adunan tepung sedikit demi sedikit sebanyak 4 kali sehingga sebati

  • masukkan adunan ke dalam piping bag




  • dengan menggunakan 5mm nozzle pipekan adunan ke atas dulang pembakar yang telah digris atau dilapik dengan non-stick paper sebesar 2.5cm (lihat gambar)



  • lakukan sehingga habis



  • setelah itu hentakkan dulang pembakar tadi untuk mengeluarkan angin



  • ketepikan selama 1 jam supaya adunan mengeras



  • kemudian bakar pada suhu 150C selama 15 min atau sehingga keras



    • biarkan sejuk sebelum di angkat dari dulang dan diisikan dengan filling
     
    • untuk membuat filling:
     
    • ayakkan dulu gula aising
    • kemudian satukan semua bahan dan pukul sehingga sekadar sebati
    • simpan di dalam fridge lebih kurang 1 jam sebelum digunakan
    notes & tips: guna pisau yang tajam untuk kikiskan dari dulang pembakar atau non-stick paper dan hati2 kerana ianya mudah rapuh. sebaik2nya lapikkan dulang pembakar dengan non-stick paper/parchment paper supaya senang untuk diangkat.




    1 comment:

    Anonymous said...

    It's a shame you don't have a donate button! I'd certainly donate to this excellent blog! I guess for now i'll settle for bookmarking and
    adding your RSS feed to my Google account. I look forward to fresh updates and will talk about
    this website with my Facebook group. Chat soon!
    Also see my webpage :: diet plans for women to lose weight