status terkini maiza


salam semua...
blog ini berkisah tentang kehidupan harian dan perjalanan hidup maiza,terima kasih kerana singgah disini dan membaca dengan penuh sabar ,maklum la bahasa suka hati aje hehe.
sila tinggalkan komen supaya maiza bole membalas kunjungan anda :)

geng maiza..

Thursday 24 February 2011

resepi mee bandung

salam semua suka x makan mee bandung..maiza suka sangat tau,anak2 pun suka nak kongsi la ni  jom layan...
MEE BANDUNG CHEF WAN
Sumber: Chef Wan Ismail




Bahan-bahan
300 gm mee kuning, dicelur
200 gm daging, dihiris nipis
300 gm udang basah
200 gm sotong
100 gm sawi hijau
50 gm kobis
2 sudu cili kisar
4 sudu besar sos tomato
3 cawan air rebusan tulang lembu
2 keping tauhu, digoreng dan dihiris nipis
1 cawan kacang pis (ini ida tak letak)
3 biji telur rebus
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukupnya
Cili merah, dihiris untuk hiasan
Bawang goreng, untuk ditabur
Hirisan daun salad - optional
Tauhu
Limau kasturi

Bahan-bahan ditumbuk halus
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara membuatnya
1. Panaskan munyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan ditumbuk halus hingga wangi dan kuning.
2. Masukkan cili kisar dan kacau sebentar hingga naik baunya.
3. Masukkan daging, udang, sotong dan sos tomato. Masak sebentar sebelum dimasukkan air rebusan tulang lembu dan sayur-sayuran.
4. Masukkan garam dan gula. Masak kuah hingga pekat baru dimasukkan mee kuning.
5. Hidangkan mee bandung bersama cili merah, bawang goreng, hirisan daun salad, tauhu, limau kasturi, kacang pis dan telur rebus.



2 comments:

Unknown said...

sedap tau resepi ni rugi sapa xnak cuba hehe..

Anonymous said...

What i don't realize is in truth how you are not actually much more neatly-appreciated than you might be right now. You are very intelligent. You realize therefore considerably in terms of this subject, made me for my part believe it from a lot of varied angles. Its like men and women don't seem
to be fascinated except it is one thing to accomplish with Girl
gaga! Your personal stuffs nice. All the time deal with it
up!

my blog post - sian