status terkini maiza


salam semua...
blog ini berkisah tentang kehidupan harian dan perjalanan hidup maiza,terima kasih kerana singgah disini dan membaca dengan penuh sabar ,maklum la bahasa suka hati aje hehe.
sila tinggalkan komen supaya maiza bole membalas kunjungan anda :)

geng maiza..

Wednesday, 2 March 2011

rancang untuk melabur dalam ASB ...untuk hari tua haha

salam semua...
hari ni maiza nak buka cerita pasal 
melabur dalam ASB  
jom layan...
korang tau x kita ni beruntung sangat 
sebab cuma bumiputra je bole memohon tau..
orang india atau cina CANNOT u know..
ha....kan byk faedah jadi rakyat malaysia yg bumiputra hehe...
bukan nak kata apa
hehe..
maiza pun belum memohon ni ..baru je nak apply tau
haha..
bikin malu jek.. 
citer macam dah masuk je kan 
bukan apa maiza nak kongsi la sikit..
semalam maiza p bank maybank untuk masukan duit dalam ASB
pastu lama maiza tunggu ye la kan kalu urusan ASB kat maybank kan lambat sikit ye la
dia mesti nak utamakan pelanggan dia ye x
yg maiza ni kira pelanggan sampingan je la hehe..
agaknya la..pandai-pandai je kan..
kena saman lak ngan maybank karang ni hehe...
jangan saman saya ye pak rimau..
saya cuma bercanda..
k la...
back to the point
cewah speking la pulak..
masa maiza dok tunggu giliran tu kan..ada la uncle tu 
panggil maiza 
adik..adik ada melabur dalam asb ke?
dia tanya..
maiza kata la 
saya melabur cam biasa je..masuk tiap2 bulan..camtu je la
dia kata lagi bole melabur ngan ASB  dan buat pinjaman maybank..
mula2 maiza pelik la tp bila dah terangkan maiza paham la sikit2 hehe
sikit2 je ye..nanti la maiza study lagi ye baru boleh faham camne nak melabur tu..
25 tahun tu nak bayar bole ke..hmm..tp setiap tahun dapat dividen tu yang x leh 
lupa tu hehe..
dividen nak..tp bila pikir bayar tu yg xtau bole ke x
tp bila pikir2 balik kan 
maiza rasa lebih baik melabur je..
kalau amik loan rm100k pun bayar tiap2 bulan cuma rm566++ je
setiap bulan..
maiza plan camni kalu 
susah pun masa setahun je kot sebab kita bayar selama setahun je rm566 tu pastu 
bole la bayar untuk setahun bila dapat dividen ye x
kalu rm566 x 12 bulan =rm6800++
so bila dapat dividen 
100k x 7.5%= rm7500
kalu bayar untuk setahun pun masih ada belen lagi...tp 
kalu nak lebih banyak lagi jangan kuar kan bonus dividen tu biar je beranak-anak dalam tu ye x
bayar je cam biasa setiap bulan bole gandakan keuntungan dividen 
bile dividen dah berganda baru la ada belen kita nak bayar untuk setahun ye x
yg lebih tu kita bole biar beranak-anak lagi hehe..
hmm..kalu kira duit ni maiza cukup suka la..nasib la x leh keja kat bank..kalu x seronoknya 
hehe....
so nanti maiza nak buat appoiment la ngan maybank hehe
jom kita melabur..untuk hari tua gak tu..
dari korang dok habiskan p shopping je baik korang simpan dalam ASB tu..
kalu korang x paham apa yg maiza terangkan ni bole tgk yg ni lak ye..
yang ni maiza amik kat sini sini
Meminjam wang dari bank dapat memaksimakan pulangan dividen dengan bayaran ansuran yang rendah. Teknik ini sesuai untuk tempuh pinjaman yang panjang kerana dengan tempuh pinjaman yang panjang, bayaran ansuran bulan menjadi rendah. Pelabur dinasihatkan untuk memilih pinjaman dari bank yang menawarkan kadar faedah yang rendah dan tempuh bayaran yang panjang. Pilih jumlah pinjaman yang bersesuaian dengan kemampuan anda, ingat…. Anda terpaksa membuat bayaran ansuran setiap bulan sepanjang tempuh tanpa gagal.
Sejauh ini Maybank menawarkan pinjaman sehingga RM200K, tempuh pinjaman sehingga 25 tahun dengan kadar faedah BLR – 1.65% (5.55% - 1.65% = 3.9%), untuk pinjaman RM30K keatas.
A(1) – Bayaran ansuran pinjaman sehingga selesai
Pinjaman ASB RM200K, tempuh 25 tahun, bayaran bulan RM1070.
Jumlah bayaran RM1070 x 12 = RM12,840 x 25 = RM321,000
Jumlah dividen RM200K x 7% = RM14,000 x 25 = RM350,000
Jumlah ASB RM200K + RM350K = RM550K
Keuntungan RM550K – RM321K = RM229K
Peratus keuntungan: RM229K x 100 / 321K = 71.34% (25 tahun)
A(2) – Bayaran ansuran tahun pertama, tahun berikutnya dibayar dengan dividen
Pinjaman ASB RM200K, tempuh 25 tahun, bayaran bulan RM1070
Bayaran ansuran RM1070 x 12 = RM12,840
Dividen 7% x RM200K = RM14,000 <<>
Baki dividen RM14,000 – RM12,840 = RM1160
Baki dividen (kasar) RM1160 x 25 = RM29K
Jumlah ASB RM200K + RM29K = RM229K
Keuntungan (kasar) RM229K – RM12,840 = RM216,160
Peratus keuntungan: RM216,160 x 100 / 12,840 = 1683.49% (25 tahun)
Bagi mereka yang mampu membayar ansuran bulanan berterusan selama 25 tahun, jumlah ASB yang terkumpul ialah sebanyak RM550K. Bagi mereka A(2) pula ansuran bulan selama setahun (tahun pertama) sebanyak RM12,840, tahun-tahun berikutnya dibayar dengan dividen, jumlah ASB yang terkumpul ialah sebanyak RM229K, tetapi peratus keuntungan lebih tinggi.
Beruntunglah bagi mereka yang berkemampuan untuk mendapatkan loan ASB maksima RM200K. Jangan bimbang, Maybank menawarkan pinjaman dari RM10K sehingga maksima RM200K, jadi pilihlah jumlah pinjaman yang anda mampu membayarnya. Sebagai contoh pinjaman RM50K, tempuh 25 tahun, ansuran bulanan RM261. Pilih teknik A(2)
A(3) – Bayaran ansuran tahun pertama RM50K setiap tahun
Pinjaman RM50K, tempuh 25 tahun, ansuran bulanan RM261
Bayaran ansuran RM261 x 12 = RM3132
Dividen 7% x RM50K = RM3500
Baki dividen RM3500 – RM3132 = RM368
Baki dividen (kasar) RM368 x 25 = RM9200
Jumlah ASB RM50K + RM9200 = RM59,200
Kauntungan (kasar) RM59,200 – RM3132 = RM56,068
Peratus keuntungan RM59,068 x 100 / 3132 = 1790.16% (25 tahun)
Ulangi A(3) setiap tahun. Dengan ansuran bulanan yang rendah mengikut kemampuan anda, tetapi masih mampu untuk memaksiman ASB anda.
Pelabur juga dinasihatkan supaya mengambil insuran kerana jika perkara yang tidak diingini berlaku, baki pinjaman dapat dijelaskan oleh pihak insuran.
Rancang persaraan anda. Selamat melabur.
haha..dah paham dah ke..
kalu x paahm gak korang p maybank dan cari pegawai yg berkenaan..nanti dia akan terangkan hehe..

dah la tu ....
jom melabur dengan ASB..
xde komisye ke pak rimau dan en ASB hehe..

2 comments:

nora said...

saya dah start melabur dalam ASB dah 3 tahun.. memang sesuai untuk saya yg xde kwsp.. so itula jaminan tuk hari tu saya..

dunia maiza said...

ye ke..kalu kira betul-betul kan kita cuma kuar duit untuk setahun je kan..pastu kita bayar pakai duit dividen je..so memang x rugi la walau pun kena bayar byk lama hehe..