status terkini maiza


salam semua...
blog ini berkisah tentang kehidupan harian dan perjalanan hidup maiza,terima kasih kerana singgah disini dan membaca dengan penuh sabar ,maklum la bahasa suka hati aje hehe.
sila tinggalkan komen supaya maiza bole membalas kunjungan anda :)

geng maiza..

Tuesday 29 March 2011

resepi popia bercili

gambar dari google

Bahan-bahan ( satu hidangan )

kulit popia secukupnya
UNTUK INTI
1 batang carrot - dihiris halus
1 biji sengkuang kecil -
1 mangkuk kubis yang dihiris halus
taugeh 
  1 biji bawang besar - potong dadu
1-2 sudu makan udang kering - rendam,toskan n blend
1 sudu mkn sos tiram garam perisa@gula
 
UNTUK SAMBAL SIRA
2 sudu besar cili kisar
1 sudu makan bawang merah n putih kisar
2 sudu besar sos chili -
guna sos cili thai sedikit belacan -
jika suka sedikit air asam jawa@cuka gula melaka@gula putih garam bijan sangai

Cara-cara

UNTUK INTI -

tumis bawang besar, masukkan sos tiram. tumis hingga naik bau. masukkan udang kering. kacau rata. masukkan sengkuang, carrot, kubis dan taugeh jika suka. perasakan dengan garam dan juga perisa@gula. tutup api dan sejukkan. Isi ke dalam kulit popia tadi dan goreng hingga kekuningan.
 
UNTUK SAMBAL SIRA -
panaskan minyak,
tumis bahan2 tadi hingga agak2 pekat
. masukkan popia yg dh digoreng tadi. kacau rata
. matikan api dan taburkan bijan. siap utk dhidang!
Selamat Mencuba.
sumber dari myresepi

tata
~maiza~

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!